Tuesday, October 28, 2014

Tips Mulakan Bisnes dengan Risiko yang paling rendah untuk Bangkrap.

Entri Pertama Untuk Blog Ini...

Khas untuk minat berniaga sahaja,khususnya secara online..

tips jimat kos
 


Berapa ramai yang pernah berniaga tapi 3 bulan dah 'gulung tikar'. Untung entah kemana,hutang pula keliling pinggang. Mungkin bukan dikalangan pembaca blog ini, tapi saya yakin ramai yang berbisnes menghadapi masalah yang seperti ini.

Modal dah labur,stok dah beli tapi letak bawah katil,atas almari dan sebagainya. Dulu pon saya macam ni jugak. First bisnes jual keropok ikan. Import asli dari Terengganu. Produk memang terbaik. Tapi last sekali tersontot atas almari.. Hahaha.. Nak bisnes punya pasal,tapi tak pergi menuntut dengan orang yang berpengalaman dalam bidang Keropok ni.

Bisnes sangat mudah sebenarnya sekiranya ada ilmu. Ada 3 asas utama dalam ilmu bisnes.

  1. Demand dan Supply - Sebelom nak mula bisnes, bro-bro dan sis-si sekelian kena cek dulu permintaan di sekeliling kita.. Kalau ada demand baru boleh supply. Jangan la buat bisnes syok sendiri,yang ni memang kejap la bisnes tu bertahan.. Produk demand suam-suam kuku je,margin untung dah la sikit memang x sempat la. Buat letih je berniaga macam tu. Jual murah pon takde orang beli, jual mahal lagi la kan.
  2. Market test- Ni boleh katakan trik paling ganas untuk usahawan internet. Sangat mudah untuk berexperimen seperti Rajagopal.. Caranya ialah bersambung ke entri seterusnya...
Komen nak sambungan di bawah,saya akan akan publishkan entri kedua ye... Harap banyak mengurangkan kekusutan pembaca.


No comments:

Post a Comment