![]() |
| Hari-hari topup plastic prabayar... |
Tidak dinafikan lagi,saya memang suka meniru..hihi.. Bakat ini seperti watak Kakashi dalam Anime Naruto... So apa salah nya saya guna dan ajarkan kepada orang yang betol berminat dengan Skill Meniru Dalam Bisnes..
Sebelom itu ada sedikit nasihat sebelom membaca post ni.. Penulis amat menekan satu perkara yang sangat penting. Sila close post ini sekiranya anda seorang
Duit nak,tapi kerja tak nak buat
Kalau orang yang macam ni,memang tak da ubat untuk mereka. Saya berharap awak sedar lah ye...
Penulis Asal
SiFu Bukhari Ramli
Original Post
Soalan: Saya dah cuba validate tapi tiada respon.
Macam mana ni?
==========
Macam mana ni?
==========
Siapa ada masalah ni?
.
.
Lepas ni, ada saja soalan ini ditanya, mohon ahli lain untuk halakan mereka ke pos ini.
.
.
Lepas ni, ada saja soalan ini ditanya, mohon ahli lain untuk halakan mereka ke pos ini.
Lama sebelum wujudnya MB2000, pada awal tahun 2014 saya ada buat kelas Memulakan Bisnes dengan Langkah Kanan.
Kelas ini buat 2 kali saja. Lepas tu saya malas dah nak buat.
Dalam kelas ini, sehari suntuk diajar bab validation dan beberapa bab lain. Saya ringkaskan separuh masa pertama kelas tu dalam pos ni. Separuh masa kedua tu advanced sikit. Lain kali cerita.
.
.
1. Apa tujuan validate?
.
.
1. Apa tujuan validate?
Tujuan validate ialah untuk tengok produk kita ada permintaan atau tidak. FAHAMKAN benda ni. Tuan Faisal Abdullah bukan saja-saja bagi kerja untuk anda buat.
Atau sebenarnya: sentiasa ada demand untuk apa jua produk. Tak percaya tengok la. Produk paling gila sekalipun, mesti ada orang nak.
Tapi... bolehkah kita cari orang yang nak produk kita?
Jadi...
Tujuan validate ialah: menguji sama ada kita boleh cari siapa yang mahu produk yang kita jual dengan cara yang mudah dan murah.
RAMAI orang tak faham apa tujuan dia buat benda ni. Main ikut buta tuli saja.
.
.
2. TIGA rukun marketing.
.
.
2. TIGA rukun marketing.
Kalau anda ikut saya dah lama atau pernah beli PANDUAN TAWARAN MELELEH, mesti tahu 3 rukun marketing ini.
3 rukun marketing ialah:
- market: pelanggan
- mesej: ayat tawaran
- media: saluran, channel
- market: pelanggan
- mesej: ayat tawaran
- media: saluran, channel
Marketing ialah menyampaikan mesej yang betul kepada pelanggan yang betul melalui medium yang betul.
Dan, macam biasa, rukun ada tertib.
Dalam hal ini, pun sama. TERTIB. Dulukan yang dulu. UTAMAKAN PELANGGAN.
.
.
3. MARKET: Siapa pelanggan anda?
.
.
3. MARKET: Siapa pelanggan anda?
Siapa yang perlukan produk ini? Apa masalah yang mereka cuba selesaikan? Apa yang mereka mahu? Apa yang meraka takutkan?
Apakah keinginan dan impian mereka?
KENALI pelanggan anda.
Kalau main tala je... tak payah buat bisnes. Teruskan makan gaji!
.
.
4. MESEJ: Apa ayat tawaran anda?
.
.
4. MESEJ: Apa ayat tawaran anda?
Apa yang mereka mahu baca? Apa yang mereka minat untuk baca walaupun panjang walaupun anda tulis kecil-kecil walaupun mereka sibuk gila?
Tidak perlu ayat sentap, hype, pukau, jampi apa bagai.
Cuma cakap saja apa benda yang jelas yang buatkan mereka mahu baca.
KALAU ANDA KENAL pelanggan: sepatutnya tiada masalah pada bahagian ini.
(Sebelum saya tulis benda ni kan saya tulis pendek teaser dulu. Saya tak janji bulan bintang. Tapi tak sampai 3 jam dah dapat 184 like dan 125 komen.
Kenapa? Sebab saya bagi ayat tawaran yang menyelesaikan masalah anda! Tiada ayat hype dan meletop. Semua ayat biasa je.
Sebab? Saya kenal pelanggan saya. Saya kenal anda. Hari-hari saya jumpa orang macam anda yang tak setel-setel lagi bab validation. Sebab saya berbulu-bulu tengok anda semua ada masalah ni. Sebab saya prihatin nak selesaikan masalah anda.)
.
.
5. MEDIA: Apa saluran yang anda gunakan?
.
.
5. MEDIA: Apa saluran yang anda gunakan?
Saya dah validate, tapi takde demand. Produk ni takde orang nak ke? Saya perlu ubah produk ke?
PERHATIKAN: semua produk mesti ada orang nak!
CUMA: kalau anda jual nasi lemak hujung jalan depan kubur, memang la takde orang beli? Nak harap orang dah mati dalam kubur tu beli nasi lemak ke?
Kalau anda validate produk tu di wall sendiri, friend anda pulak ada 200 orang je dan takde seorang pun dalam target market anda: MEMANG LA TAKDE RESPON!
Cuba fikir logik, siapa pelanggan anda? Di mana mereka berada?
Hantarkan mesej anda ke sana!
.
.
6. Validate produk TAK SEMESTINYA di FACEBOOK.
.
.
6. Validate produk TAK SEMESTINYA di FACEBOOK.
Penuh Facebook ni dengan orang menjual. Semak tau tak?
Kalau produk anda tu produk set bersalin, yang pi promot dalam Facebook anda yang kawan penuh dengan mat rempit tu pasal apa? Mat rempit mana makan set bersalin?
Pergi la validate di klinik bersalin, klinik kesihatan atau group ibu bersalin.
Keluar dari kepompong Facebook.
Kalau jual aiskrim tapi dok sorang-sorang dalam bilik tak mau bagitau orang, orang nak beli ka? Pergi la round naik motor sambil ketung ketang ketung ketang goyang loceng! Pergi la taman permainan, pergi la kenduri kahwin, pergi la taman rekreasi, pergi la tepi pantai!
.
.
7. 'Saya validate produk saya dalam group iklan.'
.
.
7. 'Saya validate produk saya dalam group iklan.'
Dalam group iklan tu ada berapa ratus orang iklankan produk setiap saat?
Berapa ramai je yang cari produk untuk dibeli?
Majoriti dalam tu semua menjual je.
Buat la research dulu. Tengok selama ni orang pos iklan ada respon ke.
Kadang-kadang bila saya tanya: pos kat mana?
Dia jawab: kat group X.
Bila saya buka group X tu, penuh orang iklan. Haram satu like satu komen pun takde kat semua iklan.
.
.
8. LOGIKNYA mudah.
.
.
8. LOGIKNYA mudah.
Fikir logik ke tak.
Marketing bermaksud: kenalpasti kepada siapa kita mahu jual dan cari jalan untuk buatkan dia beli.
Marketing tidak bermaksud: pos validation di Facebook sendiri yang takde target market pun dalam friend list ATAU pos validation di group Facebook yang takde sorang pun pembeli.
Logik ke tak logik tu?
Jangan buat kerja tak logik.
Cari nak jual pada siapa. Cari jalan untuk buatkan dia beli.
Itu saja.
.
.
9. BONUS: Bisnes dan marketing ini MUDAH.
.
.
9. BONUS: Bisnes dan marketing ini MUDAH.
Bisnes ini mudah saja.
Tadi saya saja-saja pos pasal Marketing Planner, tau-tau tak sampai 3 jam dah lebih 100 unit orang nak. Saya pula letih nak membuat benda tu.
Bila kita terer marketing, masalah kita ialah nak memenuhi permintaan je. Macam sekarang ni, saya main-main je tadi. Ni ha bila dah lebih 100 orang nak ni, terpaksa la saya buat.
Jadi pening nak penuhi permintaan je.
Semalam saya tanya dalam group saya nak beli something tak, dalam masa sejam 40 komen.
Produk tak sempat ada, dah 20 orang bayar.
Tawaran Meleleh pun gitu. Saya belum siap tulis, dah ramai beratur nak bayar untuk dapatkan.
Jaket saya jual boleh buat pre-order. Nak tempah, bayar dulu. Tak payah saya keluar modal.
DVD Mengaji saya jual dulu pun begitu. Dah cukup orang bayar, baru saya gunakan duit tu untuk tempah studio.
Nak penuhi permintaan ni tak susah, produk ada banyak. Boleh beli dari orang, boleh OEM.
Ia lebih elok dari masalah produk melambak tapi takde permintaan.
Cari permintaan dulu baru buat produk.
Orang kita terbalik: produk dah melambak bawah katil, baru terhegeh-hegeh nak cari permintaan.
==========
FAHAM?
Kalau tak faham, tanya.
.
.
Tapi... JANGAN TANYA SOALAN MALAS.
.
.
Baca dulu kasi faham. Soalan pemalas ialah: saya dah validate, tapi takde respon. Tu pemalas la tu. Pemalas nak tanya soalan 'tempat aku validate ni ada target market ke tak?' pada diri sendiri.
.
.
Soalan pemalas ialah: belum buat dan cuba lagi, sibuk saja nak bertanya minta pendapat itu ini 'saya punya ayat ni ok ke tak?', 'apa pendapat tentang ayat saya ni?'
.
.
GEDIK! Duit nak, buat kerja taknak. Kerja sendiri pass kat orang!
Boleh kopi sekarang skill ni,memang ada pulangan.. Hanya Perlukan Kuasa
TINDAKAN!!!

No comments:
Post a Comment